Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar hati untuk menerima salah satu anugerah rekaan paling terkenal di dunia untuk dua model baharu yang dilancarkan pada tahun fiskal ini."
"Saya percaya, setiap model diiktiraf berdasarkan karakter tersendiri dalam bentuk yang unik - Triton memperlihatkan ekspresi berani, manakala XForce pula menggandingkan keteguhan dan rupa yang tangkas, tipikal untuk reka bentuk Mitsubishi Motors.
"Anugerah ini akan menjadi pendorong untuk kami memperkenalkan Triton dan XForce kepada lebih ramai pelanggan.
Anugerah iF Design Award dianjurkan oleh iF International Forum Design GmbH yang berpengkalan di Hannover, Jerman.
Untuk tahun ini, iF Design Award 2024 telah menerima sekitar 11,000 penyertaan daripada 72 buah negara, dan diadili oleh barisan 132 juri antarabangsa berdasarkan lima kriteria, iaitu idea, bentuk, fungsi, pembezaan dan impak.
Baca: Mitsubishi Triton generasi baharu
Baca: Mitsubishi XForce rasmi di Indonesia
Baca: Mitsubishi Triton, XForce, Delica Mini menang anugerah Good Design 2023