Mitsubishi Xforce debut di Indonesia - SUV kompak serba baharu, dapat sentuhan bunyi Yamaha!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show ke-30 sebentar tadi, Mitsubishi Motors Corporation telah memperkenalkan sebuah model baharu dalam SUV segmen B iaitu Mitsubishi Xforce.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mitsubishi Xforce merupakan versi produksi dari model konsep yang diperkenalkan di Vietnam pada tahun lepas, iaitu Mitsubishi XFC Concept.

Ia telah dibangunkan khusus sebagai SUV kompak untuk pasaran ASEAN yang mementingkan keselesaan dan kepraktisan, di samping memenuhi kehendak gaya hidup terkini.

 

2

 

Berada di dalam SUV segmen B, Xforce memiliki dimensi 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar, and 1,660 mm tinggi dan jarak roda 2,650 mm. Xforce juga bakal bersaing dengan seteru seperti Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross.

Ia turut memiliki ruang kelegaan tanah 222 mm, bersama rim bersaiz 18 inci dan fender flare yang melengkapkan rupa SUV lasak.

 

3

 

Berdasarkan konsep reka bentuk Silky & Solid, Xforce menampilkan reka bentuk SUV asli yang bergaya namun berkuasa menggabungkan keanggunan dan keteguhan

Antara yang menjadi tarikan utama ialah rekaan bumbung terapung bersama, diteruskan pula ke hadapan dengan muka Dynamic Shield yang menampilkan rekaan sporty.

DRL di hadapan menggabungkan bentuk L dengan aksen berbelah untuk memancarkan cahaya dalam bentuk T yang ikonik, menjadikannya mudah dikenali sebagai model Mitsubishi terkini.

 

4

 

Bahagian belakang turut menampilkan rekaan berbentuk T bagi melangkapkan rupanya yang agresif.

Bahagian dalam pula dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 12.3 inci di tengah, serta kluster instrumen bersaiz 8 inci di bahagian pemandu.

Buat pertama kalinya, model Mitsubishi menampilkan sentuhan dari Yamaha, di mana SUV kompak itu memiliki sistem Dynamic Sound Yamaha Premium yang dibangunkan dengan kerjasama Yamaha Corporation.  

 

5

 

Sistem itu merangkumi lapan pembesar suara, dengan tweeter hadapan pada tiang-A di kedua-dua sisi, woofer di pintu depan, dan pembesar suara dua hala sepaksi di pintu belakang.

Sistem itu turut menawarkan empat jenis bunyi yang boleh dipilih mengikut cita rasa dan mood muzik, iaitu Lively (tetapan kilang), Signature, Powerful dan Relaxing.

Dari segi kuasa, Xforce menggunakan nadi 1.5 liter DOHC MIVEC, dipadankan bersama transmisi automatik CVT yang menghasilkan 103 HP dan 141 Nm.

 

6

 

Menariknya, walaupun hanya didatangkan dengan pacuan roda hadapan, SUV kompak itu turut memiliki ciri empat mod pemanduan, iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud.

Membuat debut pertamanya di Indonesia, Xforce akan dihasilkan di kilang Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia, di mana Indonesia juga akan menjadi pasaran pertama untuk menerima model itu.

Pelancaran di beberapa negara ASEAN lain seperti Vietnam dan Filipina, serta Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika juga bakal menyusul.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Global
Sebelum pameran automotif GIIAS di Jakarta itu lagi, Mitsubishi juga telah membuat pengumuman…
Berita Global
Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah…