Mitsubishi Triton, Xpander Hybrid bakal dilancarkan tahun ini - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Corporation mengumumkan enam buah model baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah model produksi yang diasaskan daripada XFC Concept.

Ia merupakan sebahagian daripada perancangan jangka sederhana "Challenge 2025" yang telah diumumkan pada Mac yang lalu.
 

MITSU


Trak pikap Triton merupakan model Mitsubishi terlaris yang dipasang di kilang Laem Chabang, Thailand dan dieksport ke 150 buah negara di seluruh dunia.

Generasi keenam Triton yang bakal muncul tahun ini merupakan model yang direka bentuk sepenuhnya buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun, di mana ia turut diperlihatkan menerusi model konsep XRT pada Bangkok International Motor Show pada Mac yang lepas.
 

XFC


Selain itu, Mitsubishi juga dijangka akan mendedahkan model MPV hibrid, iaitu Xpander HEV, serta sebuah SUV kompak yang sebelum ini diperlihatkan sebagai model XFC Concept.

Dua lagi model baharu Mitsubishi akan menggunakan platform CMF-B yang dipinjamkan oleh rakan pakatannya Renault, iaitu Mitsubishi ASX dan Mitsubishi Colt.
 

ASX


Kedua-dua model tersebut akan dihasilkan di kilang Valladolid Renault di Sepanyol dan bakal dijual di beberapa pasaran Eropah.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tiga unit Triton spesifikasi rali (Group T1) akan menunjukkan keupayaan sebenar jentera tersebut…
Berita Global
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, imej Xpander facelift itu didapati menerusi laporan…
Berita Domestik
Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Mitsubishi Corporation Jepun sejak…