Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan model tersebut mempunyai isu di Lifter Tensioner yang menyebabkan enjin mengalami masalah.
Dikatakan beberapa pemilik awal model itu mengalami masalah pada enjin seperti enjin mengeluarkan bunyi pelik dan beberapa isu major lain serta kegagalan enjin berfungsi.
Namun masalah tersebut hanya terkesan pada unit keluaran sebelum Ogos 2022, bagi unit selepas itu, komponen yang terjejas telah disemak semula dan seharusnya tiada sebarang masalah pada Lifter Tensioner tersebut.
BSH telah pantas bertindak untuk membaiki masalah teknikal yang dihadapi oleh model tersebut dengan menambahbaikan reka bentuk baharu corong pelincir pada Cylinder Comp.
Punca masalah tersebut telah dikenalpasti oleh BSH dan Honda Jepun, pihak mereka mendapati pengaliran minyak enjin tidak sampai ke bahagian enjin sepenuhnya.
Dengan penambahbaikan tersebut, ia membolehkan Lifter Tensioner mendapat pelinciran berterusan yang menambah baik pengaliran minyak dan menyelesaikan isu bunyi pelik yang berkaitan.
Bagi pemilik RS-X sebelum Ogos 2022, dinasihatkan untuk melawat pusat servis Impian X terdekat untuk lakukan pemeriksaan dan pembaikan Cylinder Comp tersebut.
Tambahan itu, jika pemilikan masih di bawah 2 tahun dari tarikh pembelian atau jarak perbatuan masih di bawah 20,000km (yang mana dahulu), sebarang masalah berkaitan dengan isu Lifter Tensioner akan diselesaikan di bawah waranti kenderaan.
Manakala, bagi pemilik yang telah melebihi tempoh waranti, segala kos akan ditanggung sendiri.