Boon Siew Honda raikan Ramadan melalui program komuniti

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) baru-baru ini telah menganjurkan program komuniti, ‘Gerak Bersama Honda, Bersama Di Hati’ sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.

 

bsh

 

Program ini telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Mitsuharu Funase, Ketua Eksekutif Pemasaran BSH Kunitomo Asano, Ketua Eksekutif Pemasaran BSH, dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Muhibbah Encik Attar Bacha.

Tiga aktiviti utama telah diadakan iaitu perkhidmatan pemeriksaan motosikal Honda percuma, pembungkusan dan pengedaran Pek Keceriaan Honda, serta pengagihan Bubur Lambuk kepada penduduk.

Pemeriksaan motosikal Honda percuma adalah inisiatif CSR berterusan Honda Motorcycle Malaysia yang telah lama dianjurkan, di mana ia menawarkan pemeriksaan dan perkhidmatan servis percuma kepada komuniti.

 

bsh

 

Program kali ini, sebanyak 80 slot pemeriksaan motosikal telah diperuntukkan kepada penduduk PPR Kampung Muhibbah.

Setiap motosikal yang mendaftar akan melalui 5 titik pemeriksaan yang merangkumi pemeriksaan tayar, minyak enjin, palam pencucuh, bateri dan rantai gegancu.

Pemilik motosikal kemudian boleh menebus servis penukaran minyak enjin percuma di Honda Impian X Chai Ken Motorcycles di Kinrara, Kuala Lumpur dan membaiki isu-isu lain yang telah dikenal pasti.

Tambahan itu, Sebanyak 40 Pek Keceriaan Honda yang mengandungi makanan asas telah diedarkan oleh barisan pihak pengurusan BSH kepada rumah-rumah terpilih PPR Kampung Muhibbah.

 

bsh

 

Selain itu, 1,000 bungkus Bubur Lambuk telah diedarkan kepada penduduk PPR yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur untuk dinikmati.

 

bsh

 

Sempena penggal sekolah baru bermula, sebagai sebahagian inisiatif program, BSH turut menghadiahkan 300 set mewarna kepada kanak-kanak di kawasan tersebut.

 

bsh

 

Mitsuharu Funase, berkata, "Ini adalah kali pertama BSH menyertai program komuniti berskala besar di mana ia terdiri daripada pelbagai perkongsian rezeki kepada golongan yang lebih menyeluruh.”

“Kami berharap agar kami dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat melalui produk dan servis kami." tambahnya.

 

bsh

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…