Honda RS150R terima dua warna baharu - Mat Gray & Yellow dan Mat Gray & Red

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Boon Siew Honda hari ini telah memperkenalkan dua warna baharu untuk model Honda RS150R, iaitu Mat Gray & Yellow dan Mat Gray & Red.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24 November 2023, dengan harga yang disyorkan kekal pada RM8,299 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

2

Masih mengekalkan spesifikasi yang sama, RS150R dikuasakan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang mampu menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan.

Kelengkapan lain juga masih sama, seperti lampu utama LED, paparan meter digital, sistem suspensi fork teleskopik di hadapan, lengan ayun di bahagian belakang, diikuti dengan sistem brek cakera depan dan belakang.

Berita Berkenaan

Informasi
"Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar sah seluruh negara bermula 3 Jun 2023, dengan…
Berita Domestik
Untuk tahun 2022, Honda RS150R telah diperbaharui dengan penawaran warna Vivacity Red, Pearl…