Honda RS-X terima 2 warna baharu - Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Boon Siew Honda hari ini turut memperkenalkan dua warna lagi baharu untuk model Honda RS-X 150, iaitu Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023, dengan harga disyorkan bermula dari RM9,748 untuk Trico White Edition dan RM9,698 untuk Radiate Gray Metallic tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

2

Juga masih mengekalkan spesifikasi yang sama, RS-X 150 dikuasakan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang mampu menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan.

Meningkatkan ciri tunggangan sebagai sebuah moped, ia turut dilengkapi dengan sistem brek ABS di hadapan, serta lengkap bersama lampu LED penuh dan meter digital penuh.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Pelancaran Motosikal
Sistem brek ABS dibekalkan untuk roda hadapan sahaja sementara lampu LED lengkap dan speedometer…