Namun, laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China telah pun mendedahkan beberapa keping gambar rekaan sebenar Volvo EM90 itu.
Berdasarkan beberapa laporan yang pernah kami siarkan sebelum ini, Volvo EM90 merupakan versi tukar lencana daripada model Zeekr 009.
Terdapat beberapa perbezaan ketara, seperti:
• Unit lampu hadapan dengan LED tukur Thor
• Rekaan jeriji tertutup
• Bampar depan baharu
• Lampu belakang berbentuk T
• Perkataan Volvo di pintu belakang
• Rekaan rim bersaiz 19 atau 20 inci
Volvo EM90 berkongsi platform SEA yang sama dengan Zeekr 009, namun hanya dibekalkan dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang berkuasa 268 hp, dan kelajuan tertinggi 180 km/j.
Sebagai makluman, Zeekr 009 mendapat tetapan trenkuasa motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda berkuasa 536 hp.
Pek bateri NMC (nickel manganese cobalt) pula dihasilkan oleh CATL Geely, dianggarkan kapasitinya sekitar 116 kWh yang sama pada Zeekr 009.
Dengan kehadiran motor elektrik tunggal, Volvo EM90 sepatutnya menawarkan jarak gerak yang lebih jauh berbanding Zeekr 009 (702 km).
Terdapat juga laporan di mana Volvo EM90 bakal ditawarkan dengan pek bateri CATL 140 kWh, dengan jarak yang lebih jauh.
Volvo EM90 bakal dilancarkan secara rasmi pada 12 November ini, dan dipasang di kilang Zhejiang, China.