Volvo siar gambar acah MPV elektrik EM90, guna asas Zeekr 009

oleh Mohamad Hanif|
Selain SUV, segmen minivan juga kini kian mendapat tempat di hati masyarakat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Antara pengeluar terbaharu yang bakal menawarkan model MPV kelak ialah Volvo. Ya, pengeluar yang terkenal dengan barisan SUV, wagon dan sedan cantik itu bakal mempunyai produk MPV berkuasa elektrik pertama yang digelar sebagai EM90.

Serentak dengan itu, Volvo turut menyiarkan gambar acah dan video yang memaparkan Volvo EM90 daripada sudut mata burung.

Terdapat beberapa perincian yang boleh diketahui berdasarkan gambar tersebut.
 

Volvo


Seperti contoh, kehadiran bumbung kaca panorama yang luas untuk penumpang baris kedua, diikuti bumbung kaca kedua untuk penumpang baris pertama.

Kedudukan pemegang pintu juga turut mengesahkan ciri pintu gelangsar yang bakal ditawarkan pada model EM90 ini.

Akhir sekali, rekaan lampu belakang berbentuk seakan tukul Thor, lengkap dengan perkataan Volvo yang bercahaya di bahagian tengah.
 

Zeekr 009


Berdasarkan laporan terdahulu, Volvo bakal menghasilkan sebuah MPV berkuasa elektrik dengan menggunakan asas daripada Zeekr 009.

Berkemungkinan besar Volvo EM90 akan mengekalkan spesifikasi yang ada pada Zeekr 009, termasuklah konfigurasi motor elektrik berkembar berkuasa 536 hp, sistem pacuan semua roda, serta jarak gerak sejauh 700 km.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…
Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Volvo EM90 dibangun berdasarkan model minivan elektrik Zeekr…
Berita Global
Namun, laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China telah pun mendedahkan beberapa…