Volvo EM90 2024 - minivan elektrik pertama Volvo, 268 hp, jarak gerak 737 km!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada minivan pertama Volvo Cars, iaitu Volvo EM90, merangkap model baharu ketiga Volvo untuk tempoh 12 bulan yang lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Volvo EM90 dibangun berdasarkan model minivan elektrik Zeekr 009.
 

EM90


Namun begitu, EM90 telah diberikan perubahan dari segi rupa paras, untuk menjadikannya selari dengan penawaran kereta Volvo semasa.

Antaranya ialah unit lampu hadapan dengan tema tukul Thor, jeriji hadapan yang kosong dihiasi logo Volvo yang bercahaya, lampu belakang berbentuk T, serta pilihan rim bersaiz 19 atau 20 inci.
 

volvo


Dari segi spesifikasi, Volvo EM90 datang dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang berkuasa 268 hp, dipadankan dengan pek bateri 116 kWh.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 8.3 saat sahaja.

Untuk sekali cas penuh, minivan Volvo ini mampu bergerak sejauh 737 km, selain menyokong pengecasan 10-80 peratus dalam masa kurang 30 minit sahaja serta keupayaan pengecasan dua arah.
 

EM90


Secara standard, Volvo EM90 mampu memuatkan enam orang pada satu-satu masa, dengan konfigurasi 2-2-2, dan tempat duduk baris tengah yang sangat mewah dengan fungsi keselesaan yang tersendiri.

Selain larasan kedudukan berkuasa elektrik, tempat duduk baris tengah juga datang dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, meja boleh lipat, serta butang kawalan jenis haptik untuk setiap individu bagi larasan suhu habin dan pelbagai fungsi yang tersedia.

Terdapat juga skrin sebesar 15.6 inci definisi tinggi yang dipasang pada bumbung dan boleh digunakan untuk tujuan hiburan atau persidangan perniagaan.
 

EM90


Untuk ruang kokpit pula, terdapat skrin kluster digital kecil yang dipadankan dengan skrin tengah bersaiz 15.4 inci yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon Cockpit Platforms daripada Quallcomm, serta sokongan kemaskini over-the-air.

Selain itu, pemandu juga disediakan dengan roda stereng dengan butang kawalan ringkas, sistem audio Bowers & Wilkins dengan 21 pembesar suara, serta konsol tengah yang menempatkan ruang barangan di bahagian bawah.

Aspek keselesaan merupakan keutamaan dalam pembangunan EM90, jadi Volvo telah melengkapkan minivan ini dengan ciri penebat bunyi terunggul, sistem pembatalan hingar jalan yang dibantu dengan sistem suspensi udara jenis dual-chamber dan penggunaan tayar yang senyap.
 

EM90


Tipikal mana-mana kereta Volvo, EM90 juga turut mempunyai kelengkapan keselamatan yang tinggi, terima kasih kepada kehadiran sistem penderia keliling, kamera berdefinisi tinggi, radar gelombang milimeter dan juga penderia radar ultrabunyi.

Difahamkan, minivan elektrik Volvo EM90 ini bakal mendarat di pasaran China terlebih dahulu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…
Berita Global
Namun, laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China telah pun mendedahkan beberapa…
Berita Global
Antara pengeluar terbaharu yang bakal menawarkan model MPV kelak ialah Volvo. Ya, pengeluar yang…