BYD Denza D9 bakal mendarat di Eropah, minivan pesaing Lexus LM, Volvo EM90

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Geneva Motor Show 2024, BYD mengambil kesempatan untuk melancarkan sub-jenama Denza untuk pasaran Eropah menerusi pengenalan model minivan Denza D9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90 serta kembar Toyota Alphard/Vellfire.

Minivan tiga baris tempat duduk itu membawakan rekaan muka hadapan yang agak agresif dengan dua rekaan jeriji yang berbeza, profil sisi yang ringkas, serta tidak ketinggalan kehadiran bumbung panorama yang agak luas.
 

BYD


Buat masa ini, BYD masih lagi merahsiakan spesifikasi Denza D9 yang bakal ditawarkan kelak.

Merujuk kepada spesifikasi Denza D9 untuk pasaran China, minivan tersebut boleh didapati dalam versi elektrik (EV) atau plug-in hybrid (PHEV).

Dalam versi elektrik, Denza D9 ditawarkan dengan motor elektrik tunggal pacuan hadapan berkuasa 308 hp dan 360 Nm, di mana jarak gerak adalah sejauh 620 km mengikut data CLTC.
 

BYD


Versi pacuan semua roda pula menambah motor elektrik 60 hp/110 Nm pada gandar belakang menjadikan kuasa keseluruhan 369 hp dan 470 Nm, dan masih lagi mampu bergerak sejauh 600 km untuk sekali cas penuh.

Kedua-dua varian berkongsi pek bateri LFP (lithium-ion phosphate) berkapasiti 103.36 kWh.

Denza D9 PHEV pula dibekalkan dengan enjin 1.5 liter turbo (137 hp/231 Nm), dipadankan dengan motor elektrik tunggal (228 hp/340 Nm) menjadikan kuasa keseluruhan 296 hp dan 571 Nm.

Versi AWD pula mendapat tambahan motor elektrik pada gandar belakang (60 hp/110 Nm) dengan kuasa keseluruhan mencecah 401 hp dan 681 hp, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.9 saat.
 

N7


Selain Denza D9, BYD turut memperlihatkan model SUV elektrik Denza N7 dengan ciri seperti suspensi udara boleh laras ketinggian, bumbung panorama, pengecasan 230 kW dan jarak gerak sejauh 570 km untuk sekali cas penuh.

Difahamkan, kedua-dua model tersebut dijangka akan mendarat di pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini.

Sumber: Motor1

 

Denza N7 2024

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
MG3 generasi terbaharu ini membuat perubahan yang besar dengan menampilkan rangkaian kuasa hibrid…