Tesla lancar perang harga di US, kos Model 3 kini menyamai kereta petrol!

oleh Mohamad Hanif|
Perang harga yang dilancarkan oleh Tesla di Amerika Syarikat menyaksikan dua model terlaris syarikat itu (Model 3 dan Model Y) kini mampu bersaing secara terus dengan kenderaan petrol.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (RM188,354), atau $8,700 (RM41,173) lebih rendah berbanding harga purata kenderaan di US.

Sementara Model Y pula dijual pada harga $3,700 (RM17,510) lebih rendah berbanding harga purata $48,000 (RM227,160).
 

3


Secara perbandingan, Tesla Model 3 kini $6,500 (RM30,761) lebih murah berbanding sedan BMW 3 Series, dan $5,800 lebih murah berbanding Mercedes-Benz C-Class.

Seorang pelabur memberitahu Bloomberg, Tesla terpaksa menanggung kos $1.2 bilion (RM5.68 bilion) setahun akibat langkah penurunan harga tersebut.
 

corolla


Laporan itu lagi turut mendakwa kos pemilikan Model 3 kini adalah setanding dengan kos pemilikan Toyota Corolla untuk tempoh tiga tahun.

Selain daripada Model 3 dan Model Y, Tesla turut dilapor menurunkan harga jualan Model S dan model X, di mana kedua-dua model tersebut kini lebih murah berbanding harga purata transaksi di Amerika Syarikat.

Firma informasi Edmunds mengunjurkan  harga tanda aras untuk sebuah kenderaan baharu di Amerika Syarikat adalah sekitar $47,698 (RM225,731) untuk bulan September.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…