Ford Lightning pintas Cybertruck dan Rivian R1T

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford Lightning berjaya mendahului jualan segmen trak pikap elektrik bulan Mac di US, mengatasi Tesla Cybertruck dan Rivian R1T.

Menurut laporan Automotive News, sebanyak 2,893 unit Lightning didaftarkan dalam bulan tersebut, diikuti oleh 1,158 unit Cybertruck dan 548 unit R1T.

Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan oleh Ford. Malah ia sendiri telah menurunkan jumlah pengeluaran trak pikap elektrik tersebut.

Laporan dari penganalisa industri Tom Libby dari S&P Global Mobility pula berkata ini ialah bulan keempat di mana jumlah pendaftaran trak pikap elektrik Tesla melepasi paras seribu unit ialah satu perkara yang menakjubkan.

"Cukup menarik bila trak seunik Cybertruck boleh dijual sebanyak itu dalam masa sesingkat ini," ujarnya.

S&P menggunakan unit kenderaan yang didaftarkan sebagai kayu pengukur kerana Tesla tidak mahu berkongsi jumlah jualannya.

Harga trak Lightning yang lebih rendah dari Rivian dan Tesla dikatakan antara punca popularitinya. 

Namun begitu Tesla bakal melancarkan varian "entry level" untuk Cybertruck dalam tahun ini dan itu dijangka akan memberikan saingan sebenar kepada Ford.

Sebanyak 192 unit trak pikap Hummer EV dan 319 unit Chevrolet Silverado EV didaftarkan dalam bulan Mac, membuktikan jualan EV masih rendah di dalam pasaran US yang mencecah jualan sebanyak 12.4 juta unit trak pikap saiz kecil dalam tahun 2023.

Di bawah ialah jumlah pendaftaran trak elektrik untuk suku pertama tahun 2024.


 


*Laporan lengkap di Car Buzz

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…