Penunggang motosikal cedera dilanggar selepas pukul cermin sisi kereta Tesla

oleh Penyumbang Rencana|
Akibat bertindak keterlaluan memukul cermin sisi sebuah kereta, seorang penunggang motosikal dilanggar di Lebuhraya Sprint di Kuala Lumpur pada Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 8.30 pagi semasa penunggang motosikal menunggang di lorong paling kanan di lebuh raya tersebut.

Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan menyebabkan penunggang motosikal terhimpit ke kanan jalan.

"Penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut dengan tangan.

"Akibat kejadian itu, pemandu Tesla tersebut telah bertindak menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, ekoran kemalangan itu penunggang motosikal mengalami kecederaan luka di tangan, lutut dan kaki.

Tambah beliau, penunggang motosikal telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
"Tiada 'refresh' Model Y akan keluar tahun ini", Musk berkata, sambil menambah bahawa Tesla terus…
Berita Domestik
  Pameran trak Cybertruck tersebut hanya sehingga 2 Jun 2024. Tiga sesi tersedia setiap hari…
Berita Domestik
Tesla turut menampilkan model trak futuristik sensasi mereka iaitu Cybertruck dan Model 3…