Sepanjang tempoh produksi dari tahun 1987 hingga 1992, sebanyak 1,315 unit Ferrari F40 telah berjaya diproduksikan, dan setiap satu unit F40 yang dipasang pada ketika itu dilayangkan warna merah "Rosso Corsa".
Namun begitu, sejak kebelakangan ini ada di antara pemilik Ferrari F40 yang mula melayangkan warna berbeza, seperti contoh warna Matte Grey dan juga Nardo Grey.
Bagaimana pula dengan warna hijau? Kedengaran agak aneh bukan?
Unit Ferrari F40 berwarna Mint Green ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada koleksi Schaaltkulisse Jerman, dan muncul di khalayak ramai bersempena dengan acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este di Itali, awal bulan yang lalu.
Pada asalnya, ia berwarna merah Rosso Corsa, namun telah dilayangkan warna baharu pada awal tahun ini di Verde Pallido sebagai satu penghormatan kepada jentera Ferrari 250 GTO yang dibina untuk Sir Stirling Moss untuk perlumbaan 24 Hours of Le Mans 1962.
Selain daripada Ferrari F40, terdapat juga kelibat model-model yang agak sukar ditemui, termasuklah Aston Martin Rapide Bertone Jet 2+2 dan Kimera EVO37.
Video tersebut boleh ditonton pada pautan di bawah:
Baca: Ferrari F40 warna Nardo Grey