Ferrari F40 dengan warna matte grey - amacam?

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari F40 merupakan salah satu supercar yang ikonik wujud pada era lewat 80-an dan awal 90-an, di mana hanya 1,315 unit sahaja yang dihasilkan sepanjang tempoh produksi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, Ferrari hanya menawarkan satu warna sahaja untuk kesemua unit F40 yang dihasilkan, iaitu warna merah Rosso Corsa.

Jadi agak aneh untuk kita melihat sebuah Ferrari F40 yang dilayangkan dengan warna selain daripada warna merah ikonik itu.

 


Kelibat Ferrari F40 berwarna kelabu matte ini dikesan oleh saluran YouTube The TFJJ ketika menghadiri satu acara yang bertempat di Dorchester Hotel, Central London.

Menurut penerangan pemilik video tersebut, Ferrari F40 tersebut sebenarnya telah menjalani proses wrap penuh oleh Yiannimize menjadikan penampilan F40 ini lain daripada yang lain.

 


Ya, ia bukanlah satu warna yang mudah untuk diterima terutama peminat fanatik Ferrari, namun bagi mereka yang ada wang dan 'bosan' dengan palet warna Ferrari sedia ada, ia bukanlah satu masalah besar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…
Berita Global
Sepanjang tempoh produksi dari tahun 1987 hingga 1992, sebanyak 1,315 unit Ferrari F40 telah…