Ferrari F40 milik Toto Wolff untuk dijual

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Anda merupakan jutawan pemurah yang ingin mencari sebuah Ferrari vintaj dengan rekod pemilikan yang terjaga rapi? Ini peluang baik untuk anda kerana bos kepada Mercedes F1, iaitu Toto Wolff mahu menjual Ferrari F40 miliknya.

Pada zamannya, F40 merupakan model paling berkuasa yang dihasilkan oleh Ferrari, ia dikuasakan enjin V8 2.9 liter turbo berkembar menghasilkan 471 kuasa kuda.

 

4

 

Ferrari F40 1990 milik Toto Wolff itu kini berada di pengedar Tom Hartley JNR yang tersedia untuk dibeli, F40 dengan nombor casis ZFFGJ34B000087007 itu hanya memiliki jarak perjalanan sejauh 5536 km sahaja.

F40 itu juga baru sahaja menjalani proses restorasi penuh oleh pakar di Autofficina Bonini Carlo S.r.l. Itali dan merupakan salah satu unit paling asli yang tinggal.

 

3

 

F40 tersebut turut menerima "Red Book" dari Ferrari yang mengesahkan bahawa kereta itu memiliki casis, panel badan, enjin dan transmisi aslinya.

Ini bukanlah kali pertama Wolff menjual salah satu dari koleksi keretanya kepada orang awam, sebelum ini juga, bos Mercedes F1 itu telah menjual LaFerrari Aperta, Enzo, and SL65 AMG Black Series melalui Tom Hartley pada 2021.

 

2

 

Menurut laporan Motor Authority, Toto Wolff berkata bahawa dia menjual kebanyakan kereta tersebut kerana tiada masa untuk memandunya, perkara itu tidak mengejutkan kerana perlumbaan F1 untuk musim 2023 yang akan memiliki 23 pusingan.

Pengedar tersebut dilihat tidak meletakkan harga bagi F40 tersebut, ianya mungkin kerana status kereta tersebut yang membuatkan penjualnya ingin memiliki untung lebih tinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jentera ini pada awalnya bermula sebagai sebuah Ferrari F40 standard yang dihantar kepada pengedar…
Berita Global
Berdasarkan imej janaan komputer yang dibekalkan, Liberty Walk menjadikan Ferrari F40 tersebut…
Berita Global
Sepanjang kerjayanya, Materazzi telah menyertai pembangunan beberapa buah model ikonik daripada…