Ferrari F40 warna Nardo Grey ini terjual pada nilai RM11.73 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Laman lelongan Barret-Jackson baru-baru ini menyaksikan sebuah Ferrari F40 binaan sekali (one-off) telah dijual pada harga mencecah $2.75 juta (~RM11.73 juta).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera ini pada awalnya bermula sebagai sebuah Ferrari F40 standard yang dihantar kepada pengedar Ferrari Kroymans Automotive di the Netherlands pada November 1989.
 

F40


Tiga tahun kemudian, ia dibina semula untuk tujuan perlumbaan oleh Peter van Erp dari Cavallino Tuning, dengan warna asal ditukar menjadi warna kuning.

Selepas dijual kepada Dutch Racing Promotions, Ferrari F40 ini terus berlumba sepanjang musim 1993 dan 1994 sebelum ia menjalani proses naiktaraf bagi membolehkan enjin V8 turbo berkembar itu mampu menghamburkan kuasa melebihi 700 hp.
 

F40


Pada tahun 1997, Ferrari F40 ini telah dijual kepada pengumpul Ferrari Michel Oprey, di mana beliau telah mengarahkan kerja-kerja naik taraf mekanikal dibuat terhadap jentera ini.

Masih lagi mengekalkan bentuk ikonik Ferrari F40, terdapat beberapa perubahan yang boleh dikesan seperti contoh layangan warna Nardo Grey, rim kekunci tengah berwarna hitam, cermin sisi baharu yang lebih kecil, serta pemasangan sayap belakang gentian karbon.
 

F40


Sementara ruang kabin pula telah dimuatkan dengan tempat duduk gentian karbon, abah-abah perlumbaan Sabelt, gated shifter, serta roda stereng tiga jejari yang ringkas.

Ketika dibawah pemilik terdahulu, kereta ini telah diservis oleh Autoficina, Surrey, UK pada tahun 2019 di mana pihak bengkel telah menguji sistem suspensi, memasang tangki bahan api baharu serta sistem pemadam api.

Sumber: Barret-Jackson

Berita Berkenaan

Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…
Berita Global
Sepanjang tempoh produksi dari tahun 1987 hingga 1992, sebanyak 1,315 unit Ferrari F40 telah…