Angka tempahan Tesla Model Y cecah 10k berita palsu - Tesla Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
"Hype" bagi kedatangan beberapa minggu ini pastinya menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak, terutamanya bagi pesaing dan pembeli di pasaran Malaysia.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Semenjak tempahan bagi model EV pertamanya untuk pasaran Malaysia iaitu Model Y dibuka, ramai yang berkongsikan melalui sosial media mengenai tempahan yang telah dilakukan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai jumpa tempahan keseluruhan terkini.

Sebelum ini tular berita mengenai jumlah tempahan bagi Tesla Model Y telah mencecah sehingga 10,000 tempahan, pastinya angka yang agak sukar untuk dipercayai.

Pengarah wilayah Tesla, Isabel Fan telah menafikan dakwaan yang tersebar dalam talian bahawa ia telah memperoleh 10,000 tempahan mengejutkan untuk Model Y dalam tempoh empat hari selepas pelancarannya.

Isabela berkata, "Jumlah tempahan sebenar akan kekal tidak didedahkan, tetapi Tesla memberi jaminan kepada orang ramai bahawa minat terhadap Model Y adalah kukuh dan menghargai sokongan daripada komuniti pelanggan kami yang semakin meningkat di Malaysia."

Untuk pasaran Malaysia, Tesla Model Y ditawarkan bermula dari RM199,000 hingga RM288,000 dengan tiga pilihan varian, iaitu Model Y RWD, Model Y AWD Long Range dan Model Y AWD Performance.

Anda kini boleh memilih tiga varian yang ditawarkan bergantung kepada konfigurasi trenkuasa bersama beberapa pilihan tambahan menerusi laman web configurator Tesla Malaysia.

 

Sumber: New Straits Times

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…