Memahami kepentingan untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan meningkatkan kualiti servis selepas jualan, Triumph Motorcycles mengambil inisiatif tersebut bagi memastikan pelanggan yang terkesan menerima perlindungan waranti sepatutnya.
Program lanjutan waranti itu memberikan tambahan enam bulan perlindungan waranti sepanjang baki tahun 2023.
Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan berkata, "Kami menghargai pelanggan kami dan ingin menangani sebarang kebimbangan atau kesulitan yang disebabkan semasa tempoh peralihan pengedar,"
"Dengan melanjutkan jaminan untuk pelanggan yang terjejas, kami berhasrat untuk menyediakan mereka dengan ketenangan fikiran dan menunjukkan komitmen kami terhadap pengalaman pemilikan mereka."
Untuk memanfaatkan lanjutan jaminan tersebut, pelanggan dterjejas perlu mengisi maklumat motosikal mereka pada borang khusus di laman web Triumph Motorcycles.
Wakil dari Triumph Motorcycles akan menghubungi pelanggan secepat mungkin bagi tindakan selanjutnya dan mengesahkan lanjutan jaminan bagi motosikal mereka.