Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran kereta Saab seluas 15,000 kaki persegi yang terletak di Trollhattan, Sweden.
Fasiliti itu sebelum ini digunakan oleh Saab dan National Electric Vehicle Sweden (NEVS) untuk pembangunan trenkuasa.
Menurut laporan Automobilwoche, pusat R&D baharu itu akan memfokuskan kepada pembangunan dan pengujian trenkuasa elektrik bagi model Polestar 5 dan roadster Polestar 6.
Berdasarkan laporan terdahulu, sedan fastback Polestar 5 bakal dilancarkan pada tahun 2025 dengan menggunakan casis spaceframe aluminium, senibina elektrik 800 voltan, dan pengalaman pemanduan sifar emisi yang mampu menyaingi Porsche Taycan.
Sumber: Automobilwoche