Polestar 2 2024 facelift muncul, versi aras mula kini dengan sistem pacuan roda belakang!

oleh Mohamad Hanif|
Sedan elektrik Polestar 2 telah pun wujud di pasaran sejak dari tahun 2020 lagi, dan tidak mengejutkan apabila Polestar telah mengemaskini penawaran model tersebut bagi menjadikannya lebih malar segar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh rekaan jeriji baharu yang diinspirasikan daripada model Polestar 3 sementara panel tertutup itu kini menempatkan SmartZone - perumah kepada pelbagai jenis radar dan kamera yang diperlukan untuk Polestar 2.

Selain itu, terdapat set rim bersaiz 20 inci serba baharu yang ditawarkan sebagai opsyen kepada rim standard bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Michelin.
 

polestar 2


Disebalik perubahan yang minima itu, Polestar sebenarnya telah menaiktaraf aspek trenkuasa model sedan elektrik ini dengan motor elektrik serba baharu.

Mengikut jejak langkah Volvo, varian aras mula Polestar 2 kini menampilkan konfigurasi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang berbanding pacuan roda hadapan pada model pra-facelift.

Versi RWD ini berupaya menghasilkan kuasa setinggi 299 hp dan 489 Nm, dengan pecutan 0-96 km/j dalam masa 5.9 saat sahaja.
 

Polestar 2


Versi motor elektrik berkembar pula mempunyai sistem pacuan semua roda yang cenderung kepada gandar belakang, dan motor elektrik yang boleh dimatikan sepenuhnya apabila tidak diperlukan dan dihidupkan semula dalam masa yang singkat untuk menghantar kuasa yang diperlukan kepada roda.

Konfigurasi terbaharu itu mampu mencapai angka setinggi 421 hp dan 740 Nm (berbanding 408 hp/633 Nm pada model terdahulu).

Polestar turut menawarkan opsyen Performance Package, di mana sedan itu mampu mencapai angka setinggi 455 hp, dan pecutan 0-96 km/j sepantas 4.1 saat sahaja.
 

Polestar 2


Versi Long Range kini mendapat pek bateri baharu berkapasiti 82 kWh, dengan jarak gerak yang mampu mencapai 483 km untuk sekali cas penuh, selain menyokong kepantasan pengecasan sehingga 205 kW.

Antara kelengkapan standard yang dimuatkan pada Polestar 2 2024 ini termasuklah pengecas peranti tanpa wayar, kamera 360 darjah, lampu kabus LED dengan fungsi bantuan membelok, serta kawalan jelajah adaptif.

Harga jualan rasmi setakat ini masih belum diumumkan oleh pihak Polestar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar…
Berita Domestik
Polestar 2 dilengkapi bateri 78 kWj bersama 2 motor elektrik menghasilkan kuasa sehingga 408 HP dan…
Berita Global
Itu antara kelebihan yang ada pada mana-mana model kereta elektrik masa kini (tertakluk kepada…