Pereka Polestar 3 kritik rekaan kereta moden - 'Bentuk macam kentang!'

oleh Mohamad Hanif|
Reka bentuk kereta masa kini - terutama kenderaan elektrik - lebih cenderung untuk mengutamakan aspek aerodinamik demi memastikan ia mampu mencapai tahap kecekapan yang tinggi dan jarak gerak yang lebih jauh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional, ada di antaranya dilihat seakan kapal angkasa daripada masa depan.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada pereka Polestar 3, Nahum Escobedo semasa dalam temubual yang dijalankan oleh laman WhichCar.
 

EV


Beliau berpendapat, dengan memberikan lebih tumpuan kepada aspek aerodinamik sehingga mampu menjejaskan perincian rekaan bukanlah cara yang tepat.

Perkara yang menjengkelkan beliau di dalam aspek rekaan kereta ialah bentuk luaran seakan sebiji kentang, atau Jelly Bean yang sangat sesuai untuk aerodinamik.

Selain daripada itu, Escobado juga tidak menggemari sistem pencahayaan ambien yang mampu menyerupai tempat perjudian di Vegas.
 

17


"Terdapat banyak sangat lampu di mana-mana yang membuatkan saya berada di dalam Vegas mini. Terlalu banyak butang, terlalu banyak lampu: ungu, hijau, jingga."

Beliau turut menyelar pendekatan sesetengah pengeluar pada bahagian luaran kenderaan, dengan menyifatkan sesetengah kereta sama seperti hiasan lampu Krismas di jalanan.

Meskipun Escobado tidak menyebut jenama kenderaan mana yang dimaksudkan, kita sudah pun melihat beberapa contoh rekaan kenderaan moden yang sangat mementingkan aspek aerodinamik, sehingga mengorbankan aspek estetika yang selama ini menjadi identiti pengeluar tersebut.

Sumber: WhichCar

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penawaran trenkuasa elektrik yang berprestasi, Polestar 3 turut mempunyai teknologi…
Berita Global
  Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Polestar, Thomas Ingenlath kereta ini direka sebagai Polestar…
Berita Global
Berdasarkan informasi terdahulu, Polestar 3 secara asasnya merupakan versi yang lebih sporti kepada…