Menurut laporan Melaka Hari ini, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, terdapat cadangan untuk membangunkan sistem keretapi maglev sepanjang 22 km dengan nilai pelaburan $200 juta (RM900 juta).
Beliau berkata demikian dalam satu majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Cadangan 22KM Sistem Maglev untuk Menghubungkan Lokasi Hotspot Pelancongan dan Membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disneycity di Negeri Melaka, baru-baru ini.
MoU berkenaan melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).
Sumber: Melaka Hari Ini