BYD BUKA PUSAT 3S BAHARU DI BANDARAYA MELAKA

oleh Firdaus Razani|
BYD Malaysia baru-baru ini meluaskan lagi perniagaan kereta elektriknya dalam negara dengan pembukaan rasmi pusat 3S terbaharunya yang berada di tengah Bandaraya Melaka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan BYD di negeri itu.

 

byd

 

Dengan kedudukan strategik di Melaka, bilik pameran baharu ini akan memenuhi permintaan bagi kenderaan elektrik BYD dan menyokong kumpulan pelanggan BYD yang sedia ada di kawasan ini.

Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, Ng Sin Yean, berkata “Pusat 3S yang baru dibuka akan menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk rundingan jualan, pandu uji kenderaan, dan perkhidmatan lepas jualan.

“Pelanggan boleh meneroka model-model terbaharu kenderaan elektrik BYD yang terkenal dari segi kecanggihan teknologi, keunggulan prestasi dan kelebihan ciri-ciri mesra alamnya,” katanya.

 

byd

 

BYD Sing Kwung bersedia untuk mendukung reputasi BYD yang menjanjikan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, memastikan pengalaman yang memuaskan pemilik BYD sedia ada dan juga bakal pelanggan.

Pasukan pengedar yang terdiri daripada profesional terlatih bersedia untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan automotif, memberikan perkhidmatan sokongan yang tiada tandingan.

Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, BYD menekankan komitmen kepada pengangkutan lestari dan inovasi di Melaka.

Menjelang akhir 2024, BYD mensasarkan 30 pengedar rangkaian di negara akan beroperasi dan syarikat berharap untuk terus mengukuhkan kedudukan di rantau ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…