Kereta mewah, minuman keras dan rokok seludup bernilai RM5.84 juta dirampas

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya mematahkan sindiket penyeludupan kereta mewah, minuman keras dan rokok membabitkan jumlah rampasan RM5.84 juta dalam enam serbuan berasingan sepanjang bulan lalu.

Pengarahnya, Nadzri Che Ani berkata, tiga individu termasuk seorang wanita tempatan berusia antara 30 hingga 50-an dicekup dalam serbuan yang diadakan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2.8 juta di sebuah gudang di kawasan perindustrian Ulu Tiram, Johor pada 29 Januari lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua rokok itu dibalut dengan plastik hitam yang disembunyi dalam beberapa bilik khas di gudang terbabit.

Jelasnya, hasil maklumat dan intipan yang dilakukan juga berjaya mengesan sebuah kereta mewah jenis Porsche Panamera berwarna putih yang dipercayai diseludup dari negara jiran melibatkan cukai berjumlah RM286,000.

"Mereka bertindak menutup kenderaan mewah itu dengan kain dan diletakkan di sebuah kediaman berpagar di Jasin bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Namun pemilik kereta terbabit tidak dapat dikesan di kediaman berkenaan dan kesemua kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya lagi.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku di lorong pemeriksaan…
Berita Domestik
"Bagi kenderaan klon ini ianya diseludup dari Singapura. "Kenderaan (motokar) diklasifikasikan…
Berita Domestik
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dibawa dari negara Eropah. "Nilai…