Menurut laporan terkini daripada The Drive, Toyota dilaporkan bakal membawakan sehingga tiga model baharu untuk pasaran tersebut, iaitu GR Corolla, Toyota Corolla Cross Hybrid, serta sedan Toyota Crown.
Maklumat ini diperoleh daripada dokumen target jualan daripada salah sebuah pusat pengedar Toyota di Amerika, di mana ia menyenaraikan jualan GR Corolla dan Crown pada bulan Oktober, diikuti Corolla Cross Hybrid pada bulan November.
Berdasarkan spekulasi terkini, GR Corolla bakal dilengkapi dengan enjin tiga silinder 1.6 liter turbo yang diperoleh daripada GR Yaris, namun dengan kuasa setinggi 296 hp, jauh lebih tinggi berbanding GR Yaris (268 hp).
Selain itu, GR Corolla juga bakal mendapat sistem pacuan semua roda GR-Four, transmisi manual, serta kit badan yang lebih lebar.
Menyentuh soal model Crown, tidak dapat dipastikan sama ada Toyota masih lagi mahu menjual model sedan Crown, ataupun digantikan dengan model SUV.
Sebelum ini, Careta pernah melaporkan kehadiran dua buah model 'Crown' yang merupakan Toyota Highlander (FAW Toyota Crown Kluger) serta minivan Toyota Alphad yang digelar Crown Vellfire.
Baca: Toyota Crown Kluger
Baca: Toyota Crown Vellfire
Sumber: The Drive