Toyota sertai perlumbaan endurans 10 jam Thailand guna GR Corolla hidrogen, GR86 dan Prius CNF

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Motor Corporation mengumumkan penyertaan di dalam acara perlumbaan endurans 10 jam Idemitsu Super Endurance Southeast Asia Trophy 2023 yang akan diadakan pada 22 dan 23 Disember ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan Toyota akan menampilkan tiga jentera, iaitu ORC Rookie GR86 CNF Concept, ORC Rookie GR Corolla H2 Concept, serta sebuah jentera baharu CP Rookie Prius CNF-HEV GR Concept yang akan dikuasakan oleh bahan api neutral karbon (CNF).

Jentera Prius itu telah dibangun berdasarkan kenderaan produksi sebenar, sekaligus menandakan kali pertama Toyota berlumba dengan menggunakan kereta produksi Prius HEV.

Selain daripada itu, pasukan Toyota Gazoo Racing Thailand juga akan berlumba menggunakan tiga jentera yang dikuasakan oleh bahan api neutral karbon, iaitu Corolla, 86 dan juga Yaris.
 

GR86


Menerusi penyertaan di dalam World Endurance Championship, Toyota Gazoo Racing telah memperhalusi teknologi Racing Hybrid, di mana untuk tahun ini Toyota akan memperkenalkan teknologi yang bersesuaian pada Prius yang menggandingkan keseronokan pemanduan serta kecekapan bahan api.

Selain itu, Toyota juga sebelum ini telah menguji keberkesanan penggunaan bahan api hidrogen dalam enjin pembakaran dalaman pada jentera lumba Corolla di Jepun.

Dalam perlumbaan 10 jam kali ini, biogas yang dihasilkan daripada sisa ladang ayam Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing Co (TDEM) akan digunakan sebagai sebahagian daripada bahan api untuk Corolla berkuasa hidrogen.
 

fc


Bukan itu sahaja, Toyota akan turut mempamerkan sebuah dron sel bahan api (FC) sebagai salah satu cara untuk memperluaskan lagi skop penggunaan hidrogen di pasaran Asia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…