Toyota Crown dilahirkan semula sebagai SUV di China - Crown Kluger nama diberi!

oleh Mohamad Hanif|
Idea untuk membawa kembali nama-nama ikonik sebagai sebuah crossover bukanlah cerita baharu, ia pernah dilakukan sendiri oleh Mitsubishi menerusi model Eclipse Cross dan Ford menerusi Mustang Mach-E.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota juga sebelum ini diberitakan akan membawakan nama Crown untuk diabadikan sebagai sebuah crossover, dan ia disahkan sendiri menerusi gambar yang didapati menerusi laman web Kementerian Teknologi Informasi dan Industri China.

 


Crossover ini dikenali sebagai Crown Kluger, dan sekali imbas ia sememangnya membawakan persamaan rupa dengan model crossover Highlander.

Laman web kementerian itu turut mendedahkan beberapa informasi penting, seperti contoh ukuran dimensi panjang 5,015 mm, lebar 1,930 mm, tinggi 1,750 mm dengan jarak antara roda 2,850 mm.

Ini bermakna, Toyota Crown Kluger membawakan dimensi jarak antara roda yang sama dengan model Highlander yang dijual di Amerika Syarikat, namun ia sedikit panjang dan lebih tinggi berbanding model yang sama.

 


Penampilan crossover Crown Kluger ini 'diserikan' lagi dengan penampilan logo Crown pada gril hadapan.

Difahamkan Toyota Crown Kluger ini akan diperlihatkan secara rasmi menjelang acara Shanghai Auto Show dalam masa terdekat.

 


Sumber: MIIT

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Atau mungkin anda lebih kenal dengan namanya yang asal seperti yang pernah kami laporkan sebelum…
Berita Global
Baca: Toyota Crown Sedan 2024 Bagi mereka yang duduk di negara Matahari Terbit seharusnya berasa…