Menerusi platform tersebut, pemilik kenderaan di Malaysia boleh membuat perbandingan harga daripada 10 syarikat insurans, melakukan pembelian, serta membuat pembaharuan insurans kenderaan dari mana sahaja.
Menurut Yen Ming Lee, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet.com berkata, "kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian insurans yang lebih mudah dan berpatutan. Dengan Dreamshop, kami kini membolehkan pelanggan membeli insurans dengan pembayaran ansuran.
"Kerjasama ini dilihat tepat pada masanya kerana kita kini berada di fasa pemulihan pandemik COVID-19 dan kami ingin meringankan beban kewangan buat pelanggan kami yang terkesan.
10 polisi insurans komprehensif yang tersedia di Dreamshop.com.my ialah:
- AXA Affin General Insurance Berhad
- Berjaya Sompo Insurance Bhd
- Tune Protect Group Berhad
- Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
- Pacific & Orient Insurance Co. Bhd
- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
- MSIG Insurance Berhad
- RHB Insurance Berhad
- Zurich General Insurance Malaysia Berhad
- Etiqa General Takaful Berhad
10 bank yang menawarkan Pelan Pembayaran Ansuran 0% termasuklah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.
Pemilik kenderaan persendirian boleh memperbaharui dan mendapatkan nota perlindungan insurans dalam tempoh 24 jam, selain membuat pembaharuan cukai jalan sebagai perkhidmatan tambahan pada kadar rata, dan salinan fizikal akan dihantar kepada pelanggan.
Berikut merupakan tempoh pembayaran yang dikenakan:
Bank |
Tempoh Pembayaran / Pegangan |
Maybank |
6 atau 12 bulan |
HSBC |
6 atau 12 bulan |
OCBC Bank |
6 atau 12 bulan |
Hong Leong Bank |
6 atau 12 bulan |
Public Bank |
6, 12, 24 atau 36 bulan |
AmBank |
6, 12, 24 atau 36 bulan |
RHB Bank |
6, 12, 24 atau 36 bulan |
CIMB Bank |
6 atau 12 bulan |
UOB Bank |
Akan Datang sehingga 12 bulan |
Standard Chartered Bank |
6, 12, 24 atau 36 bulan |