Kekurangan juruteknik/bengkel EV di seluruh dunia bakal jadi halangan 

oleh HEZERI SAMSURI|
sumber gambar: Tom's Guide
Kekurangan juruteknik dan bengkel-bengkel persendirian yang pakar dalam kenderaan elektrik mungkin akan menyebabkan EV tidak begitu murah untuk diselenggara.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters, bengkel-bengkel persendirian adalah satu elemen yang penting untuk menjadikan EV sebagai kenderaan mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih rendah dari pusat servis rasmi.

Laporan itu terus berkata ramai pemilik bengkel berat untuk menanggung kos latihan dan peralatan untuk membaiki sistem voltan tinggi pada EV.

Sistem 400V dan 800V pada EV mampu memberikan renjatan elektrik yang boleh membunuh juruteknik yang tidak fasih dengan kenderaan tersebut.

US, pasaran kedua automotif dunia selepas China dikatakan memerlukan 80,000 pekerja mahir elektrik setiap tahun sehingga tahun 2031. Ia termasuk pekerjaan-pekerjaan yang diperlukan untuk membaiki EV atau memasang pengecaj EV.

Menurut Dewan Perniagaan Automotif Victoria, Australia pula memerlukan 9,000 lagi juruteknik EV menjelang 2030.

Reuters juga berkongsi data yang didapati dari WarrantyWise, sebuah syarikat UK yang menawarkan pajek waranti untuk kenderaan terpakai.

Data tersebut sudah menunjukan bahawa kos waranti untuk sebuah Tesla Model 3 adalah tiga kali ganda dari harga waranti setahun bagi kenderaan dengan bahanapi fosil (diesel atau petrol).

CEO Warrantywise, Lawrence Whittaker mendakwa kos premium insurans dan waranti yang tinggi akan menjadikan EV terlalu mahal untuk ramai pengguna.

"Bagaimana orang ramai mampu untuk menanggung kos tinggi pembaikan EV?" soal Whittaker.

* Laporan lanjut di Reuters.com

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…