Pemilik EV di UK berdepan kenaikan kadar insurans sehingga dua kali ganda

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Gambar Hiasan
Syarikat insurans di Britain dilapor telah menafikan dakwaan pencatutan berikutan peningkatan besar 50 peratus dalam kos menginsuranskan kenderaan elektrik (EV) pada 2023.

MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans berbanding pemilik kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE ).

Menurut syarikat insurans di sana, tidak banyak yang boleh mereka lakukan di mana premium ditentukan oleh kos dan kekerapan tuntutan.

Mereka mengatakan bahawa tuntutan kerosakan tidak sengaja pada EV adalah 35 peratus lebih mahal daripada pembaikan setanding untuk kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Menurut laporan Bloomberg, premium insurans untuk EV melonjak kepada purata £1,344 (RM8,074) pada akhir 2023 di mana ia disumbang oleh beberapa faktor.

Syarikat insurans memaklumkan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu, termasuk kos pembaikan yang tinggi, kekurangan mekanik terlatih dalam servis EV dan tempoh masa berada di garaj yang dilanjutkan untuk EV.

CEO bagi salah satu syarikat insurans turut berkata, "Anda mempunyai tempoh masa pembaikan yang meningkat, anda mempunyai kos bahagian komponen yang meningkat, dan anda mungkin melihat lebih banyak EV dihapuskan kerana nilai baki sangat rendah pada masa ini."

 

Sumber: Bloomberg

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengeluar elektronik dari Taiwan itu sebelum ini telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan…
Model Terbaharu
Pesaing kepada BMW 2 Gran Coupe itu hadir buat pertama kali sebagai model EV yang berada di luar…
Uncategorized
Melalui MoU itu, kedua-dua syarikat bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta bekerjasama ke…