Pemandu berusia 103 tahun didenda memandu dengan lesen tamat tempoh

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang wanita Itali berusia 103 tahun ditahan polis kerana lesen memandunya didapati tamat tempoh.

Warga emas itu ditemui ketika keluar untuk berjumpa rakan pada waktu malam menggunakan kereta yang tidak diinsuranskan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara berbahaya di tengah-tengah Bondeno, sebuah bandar didiami 13,000 penduduk berhampiran Ferrara, kata pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan yang diterima Agence France-Presse, Khamis lalu.

Menurut pihak polis, pegawai dalam kereta peronda yang dihantar ke tempat kejadian di wilayah Emilia-Romagna di utara Itali terkejut apabila mengetahui tahun kelahiran pemandu.

Warga emas terbabit, Giuseppina Molinari, atau dikenali sebagai Giose, dilahirkan pada 1920 dan walaupun berumur 103 tahun, masih mampu memandu kereta ke Bondeno untuk bertemu rakan.

Menurut polis, wanita itu mungkin sesat memandangkan keadaan jalan yang gelap. Lesen Molinari didapati tamat tempoh sejak dua tahun lalu.

Di Itali, pemandu berusia lebih 80 tahun mesti menjalani pemeriksaan perubatan setiap dua tahun untuk memperbaharui lesen memandu.

Dia kemudiannya didenda dan dihantar pulang oleh pihak polis. Molinari turut memberitahu insiden itu tidak menghalangnya untuk terus memandu.

"Saya akan membeli sebuah Vespa," katanya kepada akhbar tempatan, La Nuova Ferrara.

Sementara itu, dia turut memberitahu bercadang melawat rakannya dengan berbasikal. Datuk Bandar Ferrara, Alan Fabbri, yang juga berasal dari Bondeno memuji gaya hidup wanita terbabit.

"Saya akan menganugerahkan Giose pingat, bukannya denda.

"Ia bukan perkara biasa untuk mempunyai kekuatan dalaman sepertinya dan ia memberi harapan untuk hari tua saya sendiri!" katanya menerusi satu hantaran di Facebook. 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau ditanya oleh pihak media berkaitan kajian dari Universiti Putra Malaysia yang dilakukan…
Berita Domestik
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu terhadap Sahid Asik pada Jumaat (17 Mei) dan…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…