Menurut laporan daripada Autocar, pelan tersebut akan dimulakan dengan pelancaran model SUV plug-in hybrid Tonale pada tahun hadapan, sementara model elektrik bateri (BEV) pertama jenama itu dikatakan akan muncul pada tahun 2024.
Lebih menarik, bos Alfa Romeo, Jean Philippe Imparato mengesahkan mereka sedang dalam perancangan untuk menawarkan EV berprestasi tinggi menggunakan penjenamaan Quadrifoglio.
"Untuk setiap model BEV yang dilancarkan, kami akan mengkaji kemungkinan untuk menawarkan versi prestasi tinggi sejajar dengan mesej portfolio produk yang kami pasarkan.
"Jika kami tidak mampu menawarkan tahap yang dijangkakan (prestasi dan dinamik pemanduan), kami tidak akan menawarkan versi Quadrifoglio.
Kebanyakan model-model Alfa Romeo pada masa akan datang akan menggunakan pelantar STLA Large yang dibangunkan oleh Stellantis, namun dengan sentuhan yang tersendiri bagi memastikan ia mampu menepati parameter prestasi dan kualiti premium yang diperlukan oleh jenama itu.
Sumber: Autocar