Alfa Romeo tidak akan jadi jenama SUV, kekalkan penawaran sedan

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Alfa Romeo dijangka akan melancarkan beberapa buah model kenderaan elektrik menjelang tiga tahun akan datang, selepas pelancaran SUV terbaharu Milano pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu daripadanya ialah sedan Giulia EV yang akan tiba tahun 2025, diikuti pengganti Stelvio pada tahun 2026, sementara sebuah lagi SUV dalam segmen E dijangka muncul pada tahun 2027.

Walaupun sebilangan besar daripada barisan model tersebut terdiri daripada SUV, Alfa Romeo tetap bertegas jenama itu akan terus mengekalkan sedan tradisional biarpun segmen tersebut kian mengecil saban tahun.
 

GTA


Menurut laporan Autocar, CEO Alfa Romeo Jean-Philippe Imparato percaya adalah penting bagi jenama itu untuk terus menjual model bukan SUV.

"Saya percaya sepenuhnya apabila anda berbicara tentang elektrifikasi, anda akan menyentuh soal aerodinamik, dan bila bercakap pasal aero, anda akan bercerita tentang 'Berlina', atau sedan.

"(Model) ini akan muncul kembali. Saya tidak mahu (jenama Alfa Romeo) menjadi sebuah jenama SUV, biarpun dunia beralih kepada SUV kelak.
 

gtv


Selain itu, Imparato turut memberikan bayangan untuk menghidupkan kembali dua buah model bersejarah Alfa, iaitu GTV dan Duetto.

"Kita akan mempunyai sebuah Giulia dalam barisan model Alfa Romeo, dan bukan itu sahaja, langkah berikutnya yang sedang dirancang ialah: apakah jawapan untuk GTV dan apa pula jawapan untuk Duetto?"
 

duetto


Dalam pada itu, Imparato mendedahkan model Giulia mungkin sekali akan muncul dalam versi shooting brake yang menggandingkan elemen sedan dan wagon - sama seperti Genesis G70 dan Mercedes-Benz CLA Shooting Brake.

Kedua-dua model Giulia dan Stelvio itu akan dibina menggunakan pelantar STLA Medium dengan jarak gerak sejauh 700 km untuk sekali cas penuh, dan senibina elektrik 800 voltan yang mampu mengurangkan tempoh pengecasan bateri.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Sukan Bermotor
Menurut kenyataan pasukan Sauber Group, "Musim akhir di Abu Dhabi adalah tempat kami akan…