Menurutnya, dengan menggunakan bahan-bahan seperti sisa buangan isi rumah, kumbahan dan minyak masak, ia dapat menjimatkan kira-kira 23 mega tan karbon pada tahun 2050.
Selain itu, bahan bakar tersebut dijangka dapat menghasilkan sehingga 11,000 peluang pekerjaan hijau di Britain menjelang tahun tersebut.
“Industri penerbangan akan menjadi pusat kepada pertumbuhan masa depan serta merangkumi beberapa pelan yang lebih hijau selepas pandemik ini.
“Disebabkan itu, kita telah melaburkan lebih £20 juta (RM116.3 juta) pada beberapa tahun lepas untuk menyahkarbon sektor tersebut sejajar dengan sasaran sifar karbon bersih,” katanya.
Setakat ini, sektor pengangkutan membentuk kira-kira suku daripada pelepasan karbon di Britain, manakala bagi pesawat sahaja, ia menyumbang kira-kira 2.5 peratus daripada pelepasan karbon global.