Tak pakai tali pinggang keledar, PM Britain dikenakan penalti bersyarat

oleh Mohamad Hanif|
Akibat tidak memakai tali pinggang keledar semasa membuat rakaman video, Perdana Menteri Britain Rishi Sunak telah menerima notis penalti, menurut laporan Agensi Akhbar Jerman (dpa).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau dilapor tidak memakai tali pinggang keledar semasa duduk  membuat rakaman video di bahagian penumpang belakang sewaktu kereta sedang bergerak.

Sunak sebelum ini memohon maaf atas kesalahannya itu yang dilakukannya ketika mengadakan beberapa siri lawatan di Lancashire pada Khamis.

Menurut pihak Polis Lancashire: “Selepas meneliti perkara ini, kami hari ini (Jumaat, 20 Jan) mengeluarkan notis penalti bersyarat kepada seorang lelaki berusia 42 tahun dari London.”

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bahawa langkah itu boleh diambil…
Berita Domestik
Dalam ucapan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, Muhyiddin (…
Berita Domestik
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook beliau sebentar…