Disaman kerana beri laluan kepada ambulans!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari BPM media
Sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, kita telah diajar supaya memberi laluan kepada ambulans, polis, bomba dan kenderaan 'vip' yang menggunakan eskot.


Tetapi di Britain seorang pemandu telah disaman kerana memberi laluan kepada ambulans menurut akhbar Daily Star pada Jumaat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

James Sheridan-Vigor, pemandu tersebut berang apabila disaman £130 (RM682) kerana menggunakan lorong bas buat seketika bagi memberi laluan kepada sebuah ambulans pada bulan lepas.

 

Beliau telah memuatnaik pertanyaan  di Facebook sama ada beliau perlu membuat rayuan kali kedua untuk membatalkan saman itu selepas permohonan awal ditolak baru-baru ini.

 

Vigor mendakwa, ambulans itu akan terhalang kerana ada sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang di laluan bas di Walthamstow, timur London semasa kejadian.

 

“Walaupun saya membuat rayuan, majlis perbandaran berkata bahawa denda tersebut adalah wajar. Mereka menjelaskan bahawa ambulas dibenarkan menggunakan lorong bas supaya kereta saya tidak menghalang laluan ambulans tersebut.

 

“Bagaimanapun, ketika kejadian, bas itu dalam keadaan berhenti dan ambulans tidak dapat melalui laluannya, ia perlu memotong di sebelah kanan.

 

“Jadi, saya yang berada di lorong kanan memasuki lorong bas untuk seketika supaya ambulans itu bergerak lancar. Atau mungkin kita tidak sepatutnya membantu perkhidmatan kecemasan dengan memberi laluan kepada mereka?,” katanya.

 

Majlis Perbandaran Waltham Forest kemudian mengaku saman yang telah dikeluarkan adalah satu kesilapan sebelum membatalkannya.

 

“Kami telah menyiasat insiden ini dan saman tersebut dikeluarkan adalah satu kesilapan. Ia telah dibatalkan. Kami memohon maaf atas kesilapan itu,” kata jurucakap pihak berkuasa itu.

 

 

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, pemandu, Liow Shang Kang, 37, bagaimanapun…