Etive - kereta jenazah Ford Mustang Mach-E oleh syarikat Coleman Milne

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pengeluar kereta jenazah terkemuka di Britain, Coleman Milne telah menghasilkan sebuah kereta jenazah yang lebih mesra alam, menggunakan asas daripada SUV elektrik Ford Mustang Mach-E.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang anda lihat, bentuk crossover coupe Mach-E telah hilang sepenuhnya dan diubah menjadi sebuah 'wagon' yang sangat tinggi, sesuai untuk meletakkan keranda di bahagian belakang.
 

etive


Untuk memudahkan urusan penghantaran jenazah, terdapat opsyen yang boleh dipasang seperti bukaan pintu belakang kustom berkuasa elektrik, papan tanda beriluminasi, serta dek saiz penuh yang boleh diluncurkan keluar.

Coleman Milne menggunakan Ford Mustang yang dilengkapi pek bateri 75 kWh dengan jarak gerak sehingga 322 km untuk sekali cas penuh, di mana pada Mustang Mach-E standard ia mampu mencecah sehingga 440 km.
 

Etive


Sebagai makluman, Coleman Milne turut menawarkan Ford Mustang Mach-E versi limosin yang mampu memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa.

Limosin panjang itu boleh dilengkapi dengan kaca privasi, enam pintu untuk memudahkan urusan keluar masuk, serta tidak ketinggalan ciri moden seperti skrin kluster digital 10.2 inci, skrin tengah 15.5 inci Ford SYNC, pad pengecasan nirwayar, serta trim Black Onyx Sensico.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Athens, Greece, seorang pengguna FB Stelius Trantalidis (seperti yang dilaporkan oleh Carscoops…
Berita Global
Sebuah syarikat Belanda, Derks Uitvaartmobiliteit kini menawarkan projek ubahsuai kereta elektrik…