Walaupun masih lagi penuh dengan pelekat samaran bagi mengaburi pandangan umum, terdapat satu butiran kecil yang dibawakan pada kedua-dua model tersebut, iaitu nombor "1-2-4-5-3".
Jika anda sedia maklum berkenaan nombor tersebut, syabas kerana ia sebenarnya merupakan rujukan kepada urutan pembakaran (firing order) yang biasa didapati pada enjin lima silinder sebaris, atau lebih tepat lagi enjin inline-5 2.5 liter turbo yang digunakan oleh Audi masa kini.
Enjin tersebut juga turut digunakan pada model-model lain seperti Audi RS Q3, dan Audi TT RS di mana dalam keadaan standard mampu menghasilkan 394 kuasa kuda dan 480 Nm, namun terdapat beberapa laporan model RS3 Sedan dan Sportback bakal mempunyai talaan yang lebih tinggi, berkemungkinan besar mampu mencapai 414 kuasa kuda dan 500 Nm.
Jika dibandingkan dengan model S3, model RS3 sedan dan Sportback ini menampilkan rekaan bampar yang jauh lebih agresif dimulakan dengan bukaan liang udara besar, tip ekzos berbentuk oval berkembar, serta kehadiran spoiler kecil pada model sedan.
Baca: Audi S3 Sedan dan Sportback 2021