Audi RS3 Sedan 2023 – enjin inline-5 2.5 liter, 400 PS, 500 Nm, dari RM315,344 di Langkawi

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan harga jualan bagi sedan berprestasi tinggi Audi RS3 Sedan 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas jalan termasuk duti dan cukai jualan), atau RM655,990 dengan Audi Assurance Package.

Untuk kawasan Langkawi dan Labuan, Audi RS3 Sedan 2023 ini dijual pada harga RM315,343.73, atau RM324,343.73 dengan Audi Assurance Package.
 

Audi RS3


Sedan ini dikuasakan oleh enjin lima silinder sebaris 2.5 liter turbo yang berjaya memenangi anugerah “International Engine of The Year” sembilan kali berturut-turut, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 400 PS dan 500 Nm.

Dengan padanan sistem pacuan semua roda Quattro, pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.8 saat.

Audi RS3 Sedan merupakan model Audi pertama yang menampilkan ciri RS torque splitter yang mampu mengagihkan daya tork antara roda belakang untuk dinamik dan kestabilan yang lebih baik.
 

Audi


Antara ciri yang dibawakan pada Audi RS3 Sedan termasuklah rekaan kit badan yang agresif, struktur jeriji rangka tunggal dengan kemasan sarang lebah, unit lampu LED Matrix beserta lampu nyalaan siang signatur.

Untuk ruang kabin pula, Audi RS3 Sedan ini tampil dengan tempat duduk sports balutan kulit Nappa serta jahitan sarang lebah RS, roda stereng RS eksklusif, serta trim hitam, merah atau hijau.

Selain itu, sistem kokpit maya mampu menawarkan info-info penting berkenaan prestasi kereta, sementara Audi Drive Select menawarkan mod pemanduan RS yang spesifik untuk disesuaikan dengan kehendak pemandu dan keadaan jalan semasa.
 

Audi RS3


Pembeli boleh mendapatkan Audi RS3 Sedan dengan pilihan warna Kyalami Green, Kemora Grey, Glacier White, Mythos Black, Python Yellow dan Daytona Gray.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia kini digunakan pada model berprestasi tinggi Audi RS3, dan terdapat kemungkinan ia akan ditala…
Berita Domestik
Ciri menarik yang ada pada Audi RS3 Sedan? 1. Enjin inline-5 Enjin 2.5 liter TFSI itu mampu…
Berita Domestik
Pameran Audi Experience ini menampilkan portfolio terkini jentera berprestasi tinggi, sedan,…