Nyawa enjin inline-5 Audi masih lagi panjang

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pengeluar yang tampil dengan enjin lima silinder seperti mana yang dibuat oleh Audi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia kini digunakan pada model berprestasi tinggi Audi RS3, dan terdapat kemungkinan ia akan ditala semula dengan prestasi yang lebih bertenaga pada masa akan datang.

Bercakap kepada Autocar, boss Audi Sport Sebastian Grams mencadangkan enjin lima silinder sebaris itu boleh dipertingkatkan kuasanya tanpa bantuan elektrifikasi buat masa ini.

Walaupun tidak mendedahkan perincian yang bakal dibuat, beliau menjelaskan tiada sebarang keperluan untuk mengubah enjin tersebut secara keseluruhan.
 

Audi rs3


“Kami mempunyai enjin lima silinder yang sangat sempurna dan unik di dalam pasaran. Kami juga mempunyai enjin enam silinder, dan kami akan menambahbaik teknologi sedia ada ke tahap seterusnya. Saya tidak nampak keperluan untuk mengubah enjin tersebut.

Di dalam Audi RS3 Sedan, enjin tersebut dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 401 hp dan daya kilas 500 Nm.

Selain itu, Audi juga turut merancang untuk menawarkan model RS6 Avant yang lebih berkuasa kelak.

“Kami sentiasa cuba untuk memanfaatkan teknologi secara maksimum, inilah cara saya untuk mencabar jabatan R&D kami. Kami boleh pergi lebih jauh, dan menjadikan (RS6) lebih kuat, lebih berprestasi dan lebih tajam,” jelasnya.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas…
Berita Global
Perancangan tersebut nampaknya ditolak oleh Audi atas alasan mudah - Audi tidak mahu Golf R yang…
Model Terbaharu
Seperti yang diumumkan sebelum ini, kedua-dua model RS3 tersebut dikuasakan oleh enjin lima…