Audi RS3 Sedan 2022 buat kemunculan di VW Fest, enjin inline-5 401 hp, 500 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan VW Fest, Audi juga turut memperlihatkan model kereta sedan sports yang bakal dilancarkan kelak, Audi RS3 Sedan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ciri menarik yang ada pada Audi RS3 Sedan?

1. Enjin inline-5

Enjin 2.5 liter TFSI itu mampu menghasilkan 401 hp, 500 Nm. Transmisi S-Tronic klac berkembar 7 kelajuan,  0-100 km/j 3.8 saat, kelajuan tertinggi 250 km/j (290 km/j denga pakej RS Dynamic).
 

RS3


2. Unit lampu LED dengan grafik bendera garis penamat (chequered flag).

3. Dimensi yang lebih lebar, di mana fender hadapan dilebarkan untuk menampung penambahan jarak trek pada gandar depan.
 

Audi RS3


4. Ruang kabin - skrin Audi Virtual 12.3 inci, skrin tengah 10.1 inci, paparan head-up - semua didatangkan dengan paparan grafik RS khas, serta paparan info penting untuk sebuah kereta berprestasi tinggi.

5. Barangan spesifik RS - warna Kyalami Green, roda stereng RS dengan butang pelbagai fungsi, sistem ekzos sport RS, bampar depan belakang, RS Torque Splitter, RS sport suspension
 

RS3


Harga jualan anggaran bermula dari RM650,000 hingga RM750,000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Membuat kemunculan rasmi di Sentul Depot adalah SUV elektrik ID.4 yang hadir dalam varian Pro RWD,…
Berita Domestik
Hadir dalam versi motor elektrik pacuan roda belakang, Volkswagen ID.4 mampu menghasilkan kuasa 201…