Menerusi kerjasama dengan pengeluar barangan yang boleh dipakai VIITA, Bugatti melancarkan tiga model jam tangan pintar bersempena dengan nama model supercar iaitu:
- Bugatti Ceramique Edition One Pur Sport
- Bugatti Ceramique Edition One Le Noire
- Bugatti Ceramique Edition One Divo
Binaan ketiga-tiga jam tangan ini terdiri lebih daripada 1,000 komponen berasingan, dan diperbuat daripada bahan seramik tahan calar dan titanium berkekuatan tinggi.
Menurut Bugatti dan VIITA, ketiga-tiga jam tangan pintar ini mampu menyokong sehingga 90 jenis aktiviti sukan, sistem pemantauan kadar degupan jantung, bacaan VO2 Max, kandungan oksiden dalam darah, tahap stress, sistem pemantuan tidur dan sokongan GPS.
Jam tangan Bugatti dan VIITA ini menggunakan sistem operasi yang tersendiri, serta aplikasi yang menyokong peranti Android serta iOS.
Bateri pula menawarkan jangka hayat sehingga 14 hari yang mampu menguasakan skrin LED berwarna penuh 390 x 390 piksel dengan keupayaan sentuhan dan kalis air sehingga 100 meter.