Tahukah anda? Casis monokok Bugatti Bolide lagi kuat daripada Chiron!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bugatti Bolide
Bugatti Bolide
Bugatti memiliki sejarah hebat di litar dan Type 13 mencatat rekod sebagai kereta Bugatti pertama yang menjuarai perlumbaan di Grand Prix de la Sarthe pada 1920.

Type 35 mengasah tayar di litar empat tahun kemudian dan mengukuhkan reputasi Bugatti di dalam penghasilan kereta lumba yang cantik dan berjaya.

Model legenda itu menang lebih 2,000 perlumbaan dan pentas podium sepanjang tugasnya sebagai kereta lumba.

Bugatti sekarang ini sibuk menguji jentera litar Bolide yang dibuat sebanyak 40 unit sahaja dengan serahan pertama dijadual pada 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bugatti Bolide 2023

 

Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok gentian karbon baharu yang dibuat mengikut peraturan kereta lumba.

Secara spesifik, Bugatti menggunakan peraturan kereta lumba FIA LMH dan LMDh Le Mans.

Monokok Bolide dibuat daripada komposit gentian karbon dengan kualiti tertinggi yang biasanya digunakan pada kereta lumba Formula 1 dan Le Mans.

Dari gambar boleh dilihat monokok Bolide seperti sebuah bot katamaran dengan pemandu dan penumpang duduk dengan seimbang di dalam kereta.

 

Bugatti Bolide monocoque 2023

 

Bentangan itu membolehkan enjin W16 8.0 liter dipasang 60 milimeter (mm) ke depan berbanding Chiron dan pakej ideal untuk kegunaan di litar.

Kedudukan itu juga membolehkan enjin disepadukan secara optimum di dalam monokok.

Bugatti membangunkan monokok baharu susulan kuasa tinggi Bolide dan lebih kuat dan tegar berbanding Chiron.

Seperti yang dinyatakan, keperluan keselamatan FIA  untuk kereta LMH dan LMDh Le Mans turut mempengaruhi pembangunan struktur baharu.

 

Bugatti Bolide monocoque 2023

 

Peraturan keselamatan kereta itu satu daripada yang terketat di dalam dunia perlumbaan.

Satu lagi faktor ialah, keperluan ujian pelanggaran bagi kereta perlumbaan khusus untuk litar berbeza daripada yang lain.

Satu daripada ujian FIA memerlukan beban sebanyak 7.5 tan dikenakan pada tiang A kereta.

Untuk lulus ujian tersebut, pesongan maksimum mestilah tidak lebih daripada 50 mm pada sudut hentakan bebanan.

 

Bugatti Bolide monocoque 2023

 

Satu lagi keperluan ialah tiada kegagalan struktur dalam jarak 100 mm daripada sudut hentakan. 

Maknanya, retakan kecil dan setempat masih boleh lagi diterima pada sudut impak. 

Bagaimana dengan ujian Bolide? Tiada langsung retakan! 

Ujian golekan (rollover) kedua pula melibatkan bebanan lebih tinggi atau 12 tan dikenakan pada tiang B.

 

Bugatti Bolide monocoque 2023

 

Ujian ketiga memerlukan bebanan enam tan membujur dikenakan pada monokok.

Kesemua ujian golekan tersebut satu daripada pelbagai ujian yang dijalankan pada Bolide.

Bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi, Bolide dilengkapi sistem pemadam api automatik gred ketenteraan berbanding unit lain pada kereta lumba konvensional.

Bagi memudahkan masuk dan keluar kereta, sebahagian penyandar kepala dipasang pada pintu jenis buka atas.

 

Bugatti Bolide monocoque 2023

 

Direka mengikut peraturan GT3, penyandar itu dipasang pada rangka pintu menggunakan braket bentuk X dan menjadi komponen struktur.

Ujian beban penyandar kepala dibuat dari luar pintu. Direka oleh bahagian reka bentuk dan kejuruteraan Bugatti, braket itu dibuat daripada aluminium cetakan 3D.

Walaupun hanya seberat 300 gram (g), komponen itu tahan beban lebih daripada 700 kilogram (kg).

Pemandu dan pembantu di sebelah diikat dengan sistem tali pinggang keledar enam sudut yang diluluskan FIA. 

 

Bugatti Bolide 2023

 

Tali pinggang Bolide perlu menahan badan dengan daya sehingga 2.5g. Turut dilengkapi Sokongan Kepala dan Leher HANS®.

Kelengkapan keselamatan pasif kereta terdiri daripada kawalan cengkaman, kawalan penstabilan elektronik dan sistem brek anti kunci.

Perkakasan itu memastikan Bolide sentiasa stabil dan sedia untuk berlumba dalam apa juga keadaan cuaca.

Cengkaman kereta juga diselia sistem pacuan semua roda dengan pembeza kawalan elektronik dan tayar Michelin Pilot Sport.

 

Bugatti Bolide 2023

 

Perkakasan aerodinamik memang jelas menonjol pada kereta litar hiper ini.

Satu lagi sistem menarik ialah kawalan suhu prestasi tinggi untuk pemilik kekal memandu di litar walaupun dalam keadaan yang sangat panas.

Dari segi kuasa, enjin W16 menghamburkan 1,600 ps pada 7,000 rpm dan tork 1,600Nm dari 2,250 rpm. 

Berat kering hanya 1,450 kg dengan daya mendap hampir 3,000 kg pada kelajuan maksimum. 

 

Bugatti Bolide 2023

 

Dari segi pengendalian, 60 liter bendalir yang dipam melalui sistem stereng kuasa pada setiap minit membolehkan pengawalan stereng pada tahap tertinggi.

Segala maklumat yang dikongsikan ini memang hebat dan pasti lebih teruja jika menyaksikan Bolide beraksi di depan mata.

Apa yang penting ialah, Bolide bukan dibuat untuk disimpan tetapi dipandu dengan ekstrem di litar.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bugatti Bolide 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Domestik
Malah, koleksi hypercar-nya juga tidak kurang hebat, dengan unit seperti Chiron berharga $2.6 juta…
Berita Global
Bugatti Bolide sebenarnya bermula sebagai sebuah kajian eksperimental untuk melihat potensi sebenar…