Menurut LTA lagi, kebanyakan pengguna basikal menghormati undang-undang tetapi mereka menahan 16 yang tidak menggunakan topi keledar. Dua pengguna basikal ditahan kerana melawan arus dan 16 lagi ditahan kerana melanggar lampu merah.
LTA berkata agensi itu gembira kerana semakin ramai yang menggunakan basikal tetapi berharap agar mereka menekankan keselamatan.
Sebelum itu, beberapa selebriti termasuk ketua eksekutif Temasek, Ho Ching setuju lebih banyak kawalan diperlukan untuk pengguna basikal.
Pelakon Tay Ping Hui juga menyarankan kerajaan Singapura mendaftarkan semua basikal selepas beliau melihat pengguna basikal semakin kerap melanggar undang-undang trafik.
Menteri Kanan Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat juga telah mengumumkan bahawa sebuah panel telah dibuat untuk mengkaji kemungkinan basikal-basikal memerlukan lesen atau tidak.
* Laporan penuh di The Star