Peugeot Cycles perlihat 3 model e-Bike, bakal dijual lewat tahun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot Cycles memperlihatkan generasi baharu model basikal berkuasa elektrik (e-Bike) yang bakal menerjah pasaran Eropah pada lewat tahun 2023 dan awal tahun 2024.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih kepada penggunaan kerangka berbentuk V yang unik, dan direka untuk kegunaan di dalam bandar.
 

e-Longtail


Sementara Digital e-Longtail pula membawakan penambahan pelana kecil yang mampu memuatkan dua orang kanak-kanak di bahagian belakang, lengkap dengan tempat meletak kaki dan kerangka logam untuk berpaut.
 

e-Front load


Untuk mereka yang mementingkan urusan membawa muatan, Digital e-Front Load menampilkan jarak antara roda yang sangat panjang, membolehkannya untuk membawa barangan atau memuatkan sehingga tiga orang kanak-kanak.

Ketiga-tiga basikal ini masih lagi dalam bentuk konsep, namun Peugeot Cycles menawarkan ciri-ciri moden seperti bantuan elektrik adaptif, sistem anti-curi, penggera, geolokasi, navigasi masa nyata, ramalan cuaca destinasi dan statistik laluan yang digunakan.
 

app


Satu fakta menarik yang anda harus tahu, basikal berbantu elektrik ini sebenarnya sangat popular di Eropah.

Menurut Peugeot, jualan basikal elektrik berjaya memecahkan rekod 5.5 juta unit pada tahun lalu, dan ini bermakna, satu daripada empat basikal yang dijual di Eropah terdiri daripada basikal elektrik.

Berita Berkenaan

Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…
Informasi
  "Bagaimanapun, bermula 6 Ogos, KTM Komuter membenarkan semua jenis basikal untuk dibawa menaiki…