Penunggang basikal menang kes saman terhadap kerajaan negeri Perak

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Paultan.org/Ernest di kiri bersama peguam (kanan), Kalai Selvam Arunachalam
Seorang penunggang basikal di Ipoh telah memenangi kesnya terhadap kerajaan Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah Perak, di atas kecuaian dalam pembinaan dan penyelenggaraan jalan.


Plaintif Ernest Balasingan yang merupakan seorang peguam, dalam saman yang difailkan di Mahkamah Majistret Sungai Siput, menyaman kerosakan dan kecederaan yang dialaminya apabila dia terbabas ketika berbasikal di bonggol (hump) yang tidak bertanda di jalan raya.

 

Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat Daerah dan Tanah Perak, Jabatan Kerja Raya, kerajaan Negeri Perak serta kerajaan Persekutuan. 

Ernest telah mengalami kecederaan ketika berbasikal menuruni bukit dalam keadaan laju berhampiran sekolah menengah Kampung Kening di jalan Kampung Pisang ke Jalong Tinggi yang menyebabkan dia terbabas setelah melanggar bonggol yang tidak bertanda di jalan tersebut.

Pada peringkat awal, Ernest telah menamakan kerajaan Persekutuan dan Negeri dan majlis tempatan dalam saman yang difailkan kerana semua pihak enggan bertanggungjawab ke atas papan tanda dan penanda untuk bonggol. 

Selepas siasatan dijalankan, beliau telah dimaklumkan bahawa bidang kuasa untuk jalan tersebut terletak di bawah kerajaan negeri kerana itu saman terhadap kerajaan Persekutuan dan majlis tempatan telah ditarik balik.

Dalam saman yang difailkan, bonggol tersebut telah dibina oleh pihak yang tidak dikenali. Semasa pengeluaran awal Notis Tuntutan, tiada pihak memberi maklum balas berkenaan liabiliti terhadap plaintif, menyebabkan semua pihak telah disaman.

Bercakap kepada paultan.org pada Selasa, Ernest berkata jalan raya yang tidak diselenggara adalah dibawah kewajipan berkanun di pihak berkuasa. "Terdapat peruntukan undang-undang untuk menahan mereka (pihak berkuasa) bertanggungjawab atas pelanggaran kewajipan berkanun, dalam kes ini, kekurangan papan tanda dan tanda yang betul," kata Ernest.

-Tiada jumlah pampasan yang dinyatakan-

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata pemandu e-…
Gaya Hidup
Pengenalan React Swiss Eyewear merupakan komitmen Cyclelogy untuk menawarkan produk peringkat…
Berita Global
  Insiden membabitkan basikal mengakibatkan banyak kemalangan jalan raya di Tokyo sejak beberapa…