Kawasaki Noslisu - basikal kargo elektrik beroda tiga untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Berbasikal merupakan salah satu mod pengangkutan yang sangat menyihatkan tubuh badan, namun tidak semua basikal sesuai digunakan untuk tujuan tertentu, seperti contoh mengangkut muatan untuk tujuan penghantaran.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan produk basikal kargo berkuasa elektrik dan beroda tiga yang sesuai digunakan untuk membawa muatan barangan, dikenali dengan nama Noslisu.
 

Noslisu


Uniknya basikal roda tiga Noslisu ini ialah teknologi inovatif "tilting three-wheeler" yang menjadikan tunggangan yang lebih stabil terutama di kawasan yang tidak rata atau ketika mengambil selekoh, serta tidak memerlukan sebarang topang seperti basikal beroda dua sewaktu berhenti.

Bergantung kepada spesifikasi, anda boleh mendapatkan ruang barangan yang lebih besar, serta motor elektrik yang lebih berkuasa untuk membantu kayuhan.

Terdapat tiga versi Noslisu yang ditawarkan.
 

Noslisu


Versi pertama merupakan basikal roda tiga biasa dengan bantuan pedal, rekaan bakul hadapan yang lebih tinggi, serta motor elektrik 0.24 hp yang dipasangkan pada hab roda belakang.

Terdapat suis di bahagian kiri bar hendal yang membolehkan penunggang menetapkan mod tunggangan kepada Power, Standard dan Eco.

Dengan sekali cas penuh, basikal ini boleh menawarkan jarak sejauh 48 km, dan bakul di hadapan mampu memuatkan barangan seberat 20 kg.

Harga jualan bermula dari 363,000 yen (RM11,970) di mana ia tidak memerlukan lesen memandu yang sah.
 

noslisu


Versi kedua digelar sebagai Noslisu E yang dilengkapi dengan motor elektrik yang lebih berkuasa (500 watt atau 0.67 hp), dan ia memerlukan lesen memandu yang sah.

Bakul di hadapan boleh memuatkan muatan sehingga 20 kg, dan posisinya yang rendah membolehkan muatan dimuat naik dan dimuat turun dengan mudah.

Terdapat tiga pilihan mod tunggangan, iaitu:

0 - basikal tidak bergerak
1 - kelajuan dihadkan kepada 20 km/j
2 - tiada had kelajuan

Sama seperti versi pertama, Noslisu E juga turut menawarkan jarak gerak sehingga 48 km untuk setiap cas penuh.

Harga jualan Noslisu E bermula dari 431,100 yen (RM14,216).
 

Noslisu


Akhir sekali, Noslisu Cargo yang direka untuk tugasan membawa muatan yang lebih besar.

Menariknya, ia menampilkan spesifikasi yang hampir sama dengan Noslisu, di mana ia didatangkan dengan motor elektrik 0.24 hp yang dipasang pada hab roda belakang untuk bantuan kayuhan pedal.

Terdapat ruang kargo yang lebih besar (muatan sehingga 120 liter) disediakan antara gandar hadapan dan bar hendal.

Harga jualan Noslisu Cargo bermula dari 414,700 yen (RM13,675), dan sama seperti Noslisu, ia tidak memerlukan lesen memandu yang sah untuk menunggangnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…
Informasi
  "Bagaimanapun, bermula 6 Ogos, KTM Komuter membenarkan semua jenis basikal untuk dibawa menaiki…