Honda SUV e:prototype
Tiada sebarang informasi lanjut didedahkan, namun SUV yang mengambil bentuk daripada crossover generasi baharu HR-V ini menjanjikan prestasi pemanduan yang lebih dinamik, dan membolehkan pemandu menikmati 'joy of driving' yang ditawarkan oleh Honda.
Model prototaip ini juga turut didatangkan dengan aplikasi generasi ketiga Honda CONNECT yang menawarkan fungsi termaju seperti sambungan kepada peranti pintar, kemaskini over-the-air, serta antaramuka yang menyokong ciri pengecaman suara.
Produksi massa Honda SUV e:prototype ini dijadualkan berlangsung pada musim bunga tahun 2022 sebagai model EV pertama Honda di China.
Honda Breeze PHEV
Honda Breeze PHEV merupakan model plug-in hybrid pertama yang dihasilkan oleh GAC Honda yang menggandingkan manfaat yang didapati pada sebuah EV dan kenderaan hibrid.
Sistem PHEV ini menggunakan asas daripada sistem hibrid motor elektrik berkembar SPORT HYBRID i-MMD yang menawarkan pemanduan seperti sebuah EV, dan dalam masa yang sama mengurangkan perasaam kebimbangan jarak operasi terutama ketika pemanduan jarak jauh.
Honda Breeze PHEV dijadualkan penjualannya di China pada separuh kedua tahun ini.
Selain daripada dua buah model yang disebutkan tadi, Honda juga turut melancarkan aplikasi generasi ketiga Honda CONNECT yang menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI).
Dengan adanya aplikasi pintar ini, pemilik Honda boleh menikmati ciri-ciri termaju seperti keupayaan untuk mengoperasikan kenderaan, barangan pintar di rumah, membuat pembelian dalam talian, kunci digital serta kemaskini over-the-air.
Aplikasi Honda CONNECT generasi ketiga ini bakal didapati pada model-model Honda terbaharu di China menjelang separuh kedua tahun 2021.
Sumber: Honda